Thursday, October 8, 2009

TIP PENULISAN KARANGAN UPSR

TIP PENULISAN KARANGAN (UPSR)

A. Apakah yang Perlu Dilakukan Sebelum Menulis Karangan?

1. Kamu hendaklah membaca dan memahami soalan yang diberikan.

2. Pastikan kamu memahami kehendak soalan, tajuk, dan bentuk karangan yang
hendak ditulis.

3. Kegagalan kamu memahami kehendak soalan, tajuk, dan bentuk karangan yang hendak ditulis
menyebabkan karangan kamu kekurangan isi dan mungkin akan terkeluar daripada tajuk.

4. Catatkan isi-isi penting yang hendak kamu tulis berdasarkan tajuk karangan.

5. Susun isi-isi penting tersebut mengikut keutamaanya; isi yang paling penting ditulis dahulu dikuti
dengan isi yang kurang penting.

B. Apakah yang Perlu Dilakukan Semasa Menulis Karangan?

Karangan yang baik mestilah ada tiga bahagian utama:
i. Pendahuluan
ii. Isi
iii. Penutup

i. Pendahuluan
1. Karangan kamu hendaklah dimulakan dengan pendahuluan dalam satu perengan sahaja.
2. Pendahuluan mestilah berkaitan dengan kehendak soalan dan ada daya penarik.
3. Perenggan pendahuluan adalah mencukupi dengan dua atau tiga baris ayat sahaja.
4. Jangan masukkan isi ke dalam perenggan pendahuluan.

ii. Isi
1. Bahagian isi adalah bahagian yang terpenting dalam sesuatu karangan
2. Menurut kehendak peperiksaan, karangan kamu haruslah mempunyai empat isi utama.
Setiap isi itu hendalah ditulis dalam satu perenggan yang berasingan.
3. Isi-isi penting haruslah diutamakan.
4. Kembangkan isi dalam bentuk perenggan dengan menggunakan ayat dan cerita yang
menarik.
5. Isi adalah bahagian yang paling penting dalam sesebuah karangan. Oleh sebab itu, isi karangan
kamu mestilah ditulis dengan bahasa yang menarik dan mudah difahami.
6. Isi-isi yang diceritakan haruslah berkaitan dengan soalan.
7. Jangan ceritakan isi-isi secara meleret-leret dan tidak dapat diterima oleh akal.

iii. Penutup
1. Setiap karangan haruslah mempunyai penutup
2. Penutup yang baik merupakan kesimpulan tentang apa yang telah kamu tuliskan sebelumnya.
3. Penutup juga tidak perlu ditulis dengan panjang lebar. dua atau tiga baris ayat sudah memadai
untuk menulis penutup.

C. Apakah yang Perlu Dilakukan Sesudah Menulis Karangan?

1. Semak dan baca semula karangan kamu setelah selesai menulisnya.
2. Pastikan tiada isi penting yang tertinggal.
3. Cari kesilapan yang mungkin ada seperti kesalahan tatabahasa, penggunaan perkataan, ejaan
dan tanda baca.
4. Betulkan setiap kesilapan tersebut.
5. Baiki tulisan yang buruk dan sukar dibaca

CIRI-CIRI KARANGAN YANG BAIK

1. Pemahaman terhadap tajuk mestilah tepat, iaitu segala keterangan dan penjelasan serta contoh
yang diberi mestilah tidak terkeluar daripada tajuk.

2. Setiap karangan mestilah mempunyai isi yang menepati maksud atau kehendak soalan. Sebuah
karangan yang baik dan menepati kehendak pemeriksa mesti mempunyai empat isi utama.

3. Pendahuluan sesebuah karangan mestilah sesuai dengan isi dan menepati tajuk serta dapat
menarik pembaca untuk membaca karangan itu sehingga selesai.

4. Isi karangan mestilah dikembangkan dengan baik. Isi yang mencukupi belum tentu dapat
menjadikan karangan kamu itu menarik sekiranya kamu tidak pada menghuraikan isi-isi
tersebut dengan baik.

5. Untuk bahagian penutup pula, kamu hendaklah menulis suatu kesimpulan yang kemas
tentang karangan yang telah kamu tuliskan itu.

6. Penggunaan tatabahasa yang betul dalam karangan dapat mempengaruhi markah karangan
kamu. Oleh itu, cara kamu membentuk ayat-ayat dalam karangan mestilah berpandukan
tatabahasa yang betul.

7. Karangan kamu hendaklah menggambarkan bahawa penulisnya mempunyai fikiran atau
pendapat yang matang.

8. Pengolahan karangan hendaklah menarik sehingga dapat memberi kesan di hati pembaca

CARA-CARA MEMJAWAB SOALAN KARANGAN

1. Pastikan kamu menerima kertas soalan yang betul, iaitu kertas Ujian Penulisan Bahasa
Malaysia.

2. Baca arahan pada kertas soalan dengan teliti.

3. Baca kesemua soalan dengan teliti dan fahamkan kehendak soalan.

4. Bagi soalan 1, pilih soalan yang hendak dijawab sama ada Soalan 1 (a) atau Soalan 1 (b)
manakala Soalan 2 pula merupakan soalan wajib yang mesti dijawab. Nombor soalan
hendaklah dituliskan di sudut kiri sebelah atas kertas jawapan.

5. Tulis karangan yang dapat kamu kuasai dengan baik terlebih dahulu. Soalan yang agak
sukar dikemudiankan.

6. Pastikan kehendak soalan.

7. Buat rangka dan susun isi secepat mungkin, seelok-eloknya ketika membaca soalan
kerana masa untuk menjawab satu soalan hanya 30 minit.

8. Setelah siap, semak dan betulkan kesalahan pada karangan jika masih ada masa untuk
berbuat demikian.

9. Pastikan pengawas peperiksaan mengambil kertas jawapan kamu.

10. Semua kertas jawapan perlu diikat dengan benang dibekalkan oleh pengawas.

KEMAHIRAN BELAJAR.

Dalam melaksanakan pengajaran, guru sentiasa dikehendaki mengintegrasikan kemahiran - kemahiran generik seperti kemahiran belajar, kemahiran berfikir kreatif dan kritis, kemahiran teknologi maklumat dan kemahiran mentaksir dan menilai, supaya dikuasai oleh pelajar. Bagi mengendalikan pembelajaran berpusatkan pelajar dan berdaya fikir guru perlu menggunakan teknik-teknik pengurusan pembelajaran yang sesuai. Lain-lain prinsip pengajaran dan pembelajaran KBSR dan KBSM perlu diambil kira bagi memastikan pencapaian matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kemahiran belajar merupakan salah satu kemahiran utama dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. Ianya bermula dari menentukan bahan yang optimum hingga ke pemerolehan maklumat dan seterusnya memproses maklumat.

Wednesday, July 15, 2009

KBKK

Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir

Apakah komponen utama kemahiran berfikir (KB)?

Komponen utama KBKK:

*

Berfikir secara kritis,
*

Berfikir secara kreatif.

Apakah kemahiran berfikir secara kritis?

KB secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.

Apakah kemahiran berfikir secara kreatif?

Kecekapan menggunakan minda untuk:

*

menjana dan menghasilkan idea,
*

mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.
*

menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah seacara inovatif.

Apakah contoh-contoh kemahiran berfikir bagi setiap komponen itu?

Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis:

*

membanding dan membeza:
*

membuat kategori,
*

meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.
*

menerangkan sebab.
*

membuat sekuen / urutan.
*

menentukan sumber yang dipercayai,
*

membuat ramalan,
*

mengusul periksa andaian,
*

membuat inferens

Contoh kemahiran berfikir secara kreatif:

* mencipta analogi
* menjana dan menghasilkan idea baru
* mencipta metafora,

Bagaimanakah dengan kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah?

Kedua-duanya termasuk ke dalam komponen berfikir secara kritis dan komponen berfikir secara kreatif.

PRINSIP KEMAHIRAN BERFIKIR

* Sentiasa bersikap kostektif iaitu mempunyai sikap positif bagi semua jenis kemahiran berfikir dan elakkan dari bersikap negatif.
* Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah.
* Melupakan rasa ego, kita perlu mengikis perasaan ego kita jika inginkan setiap kemahiran berfikir yang digunakan itu dapat manafaatnya.
* Sentiasa menukar arah otak kita berfikir iaitu, bila kita perlukan berfikir secara logik, kreatif dan lateral. Kita juga perlu menggunakan pelbagai kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
* Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri sendiri tujuan dan apakah hasil yang diharapkan.
* Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain serta diri sendiri sewaktu berfikir.
* Kita perlu memikirkan alternatif lain sebelum kita membuat keputusan yang lebih baik. Setiap idea perlulah dilihat secara global supaya perincian kita tidak lari atau melencong dari skop atau landasan yang sebenar. Setiap pemikiran haruslah di akhiri dengan tindakan yang seharusnya mendatangkan kesan yang baik pada orang lain.

Sunday, May 10, 2009

GURU OH GURU




Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan SN Dato Usman Awang

PERINGKAT DAERAH KUBANG PASU



SEPINTAS LALU.

Pertandingan BM peringkat PKG Hosba.



Johan Bercerita Tahap 2 - Nur Syazwina
Tempat Kedua Bercerita Tahap 1 - Auni
Tempat Ketiga Pidato - Intan Shahrun Najah