Sunday, May 10, 2009

GURU OH GURU




Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan SN Dato Usman Awang

PERINGKAT DAERAH KUBANG PASU



SEPINTAS LALU.

Pertandingan BM peringkat PKG Hosba.



Johan Bercerita Tahap 2 - Nur Syazwina
Tempat Kedua Bercerita Tahap 1 - Auni
Tempat Ketiga Pidato - Intan Shahrun Najah

Friday, May 8, 2009

SELAMAT HARI GURU

16 MEI datang lagi.......semoga sambutan hari guru tahun ini memberi ruang yang secukupknya kepada guru untuk terus beristiqamah.....

Wednesday, May 6, 2009

Mukaddimah

Panitia BMelayu dilancarkan pada 6 Mei 2009 sempena dengan latihan membina blog buat semua warga sintok......tercapai objektif admin bilamana semua guru sudah boleh buat blog sendiri....pengajaran sesi kedua ni lebih mudah dari sesi pertama dulu kerana banyak dibantu oleh ahli kelab komputer dan cikgu syahril....thankssss